Era kejatuhan Malaysia_Baharu

Pada 24 Februari 2020, kerajaan Pakatan Harapan tumbang ekoran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta merta. Tun Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ini menyebabkan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan membawa keluar parti PPBM (kecuali 5 ahli parlimen blok Tun Mahathir) dari Pakatan Harapan. Tindakan ini juga diambil oleh 11 orang ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat pimpinan Timbalan presiden parti, Datuk Seri Azmin Ali mengisytiharkan keluar parti berkuat-kuasa 25 Februari 2020 dan menjadi blok pemimpin bebas selepas dipecat pada 24 Februari 2020. Kesannya, Pakatan Harapan hilang majoriti di dalam dewan rakyat, PH memiliki 107 kerusi.[4]

Komposisi pada 25 Februari 2020

Berikut adalah komposisi setakat 25 Februari 2020:

  • Pakatan Harapan : 107 kerusi
    • Parti Warisan Sabah : 9 kerusi
    • Parti UPKO Sabah : 1 kerusi
    • Ahli parlimen PPBM blok Tun Mahathir : 5 kerusi
  • Barisan Nasional : 42 kerusi
  • Gagasan Sejahtera : 18 kerusi
  • Gabungan Parti Sarawak : 18 kerusi
  • Gabungan Bersatu Sabah : 3 kerusi
  • Parti Sarawak Bersatu : 1 kerusi
  • Ahli parlimen bebas : 1 kerusi
  • Ahli parlimen PPBM : 21 kerusi
  • Ahli parlimen bebas blok Azmin Ali : 11 kerusi

Perletakan jawatan Tun Mahathir diperkenan oleh YDP Agong dan melantik beliau semula sebagai Perdana Menteri interim sehingga Perdana Menteri yang baharu dilantik.

Komposisi terkini

Berikut adalah komposisi setakat 01 Jun 2020:

  • Perikatan Nasional : 112 kerusi
    • Barisan Nasional : 42 kerusi
      • Parti UMNO : 39 kerusi
      • Parti MCA : 2 kerusi
      • Parti MIC : 1 kerusi
    • Parti BERSATU : 31 kerusi
    • Parti Islam Se-Malaysia : 18 kerusi
    • Gabungan Parti Sarawak : 18 kerusi
    • Gabungan Bersatu Sabah : 3 kerusi
  • Pakatan Harapan : 108 kerusi
    • Parti Tindakan Demokratik : 42 kerusi
    • Parti Keadilan Rakyat : 39 kerusi
    • Parti Amanah Negara : 11 kerusi
    • Parti Warisan Sabah : 9 kerusi
    • Parti UPKO Sabah : 1 kerusi
    • Parti Sarawak Bersatu : 2 kerusi
    • Parti Pejuang Tanah Air : 5 kerusi
    • Parti Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia : 1 kerusi